Thursday, January 26, 2012

Alasan saya.

Kenapa saya merasakan bahawa sesetengah golongan remaja mempamerkan sikap yang kadang-kadang boleh membuatkan saya tergelak? Saya juga remaja. Saya faham naluri dan perasaan remaja. Kenapa saya berkata begitu? Adalah alasannya. Saya lihat beberapa golongan remaja kini terlampau mencuba untuk menjadi sesuatu yang bukan diri mereka.

Come on people. Be genuine, who you really are. Inikah golongan yang diberi harapan tinggi untuk memajukan negara kelak? Mengenal diri sendiri pun tidak, masakan mahu memimpin dan mengenali negara sendiri? Saya kurang faham di sini. Masalah sosial memang begitu membarah sekarang. Terutamanya dalam kalangan mereka yang baru sahaja menghabiskan kertas SPM mereka.

Zaman selepas SPM inilah yang ditunggu-tunggu oleh setiap remaja. Di mana mereka seloah-olah mendapat kebebasan yang teramat sangat. Konon-kononnya sudah terlepas dari bebanan sekolah. Merasakan diri mereka sudah besar dan layak melakukan apa-apa sahaja kerana kata mereka, saya sudah tidak perlu memakai uniform sekolah. Dan pada masa ini jugalah, ramai yang terlalai sebentar ke sana ke sini mencuba benda baru. Al-maklumlah, nafsu melebihi segala-galanya.

Seharusnya, masa lapang selepas SPM ini haruslah digunakan sebaik-baiknya. Bukannya digunakan hanya untuk tujuan hiburan dan perkara yang membazir masa, wang dan tenaga sahaja.
Our prophet, Nabi Muhammad s.a.w once said, "There are two things that people may take for granted, one, their health. second, their time (masa lapang)"
Marilah bermuhasabah diri, selama berbulan selepas SPM ini, berapa banyak perkara faedah yang kita lakukan. Gunalah masa lapang ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah gunakannya untuk melayan nafsu anda yang tidak akan pernah puas itu. Kuatkan diri, kuatkan iman. Majulah bangsa untuk negara.
Haha.

6 comments:

  1. Replies
    1. Haha, I'm not sure if I can categorized this as a 'karangan', an improper one perhaps ;) thank you anyway!

      Delete
  2. thnx for this one .
    really make me think for a while:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwh, you're welcome. Glad it can gives you something. :)

      Delete